Thursday, March 31, 2011

Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI)

Ilmu Daya Sejati Insani adalah gabungan berbagai aliran perguruan dan berbagai kaedah tanpa mengubah akidah atau pegangan sesuatu agama atau adat sesuatu kaum ditambah pula dengan pola latihan yang mudah tanpa berhubung dengan sesuatu agama, adat resam sesuatu kaum malah tanpa menggunakan kuasa ghaib, jin, khodam, syaitan, azimat atau lain-lain bantuan, anda masih berkemampuan memiliki keilmuan ‘KESAJATIAN DIRI’ yang ‘MULTI FUNGSI’ di mana selama ini keilmuan ini sangat ‘RAHSIA’ kerana sifat keilmuan ini sendiri sangat dirahsiakan.

Ilmu TENDAI terdiri dari Tenaga Mental dan Tenaga Dalam Fisik, kombinasi keduanya membuatkan seseorang pengamal tidak akan kehabisan energi atau keletihan ketika melakukan amalan TENDAI. Kebanyakan tenaga dalam dari aliran lain, hanya mempunyai salah satu aspek tersebut, iaitu Tenaga Dalam Fisik, sehingga sering kehabisan tenaga. Ilmu TENDAI memadukan keduanya, kedua-dua aspek tersebut akan melakukan pengisian secara otomatis setelah digunakan, tetapi untuk mempercepat dapat dilakukan dengan olah nafas.

TENDAI mempunyai metod yang khusus, berbeza dengan tenaga dalam yang lain. Tenaga Dalam Ilahi hanya bersumberkan pada keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan dipadu dengan pemusatan fikiran yang jitu (konsentrasi penuh). Ia berasal dari keyakinan hati yang paling dalam, bersih dan suci dan akhirnya akan menemukan keyakinan kita akan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Ilmu ini dapat difungsikan selama-lamanya, tidak akan hilang dan akan terisi kembali setelah digunakan.. Tidak berlaku kontradiktif bila Anda belajar ilmu tenaga dalam/batin yang lain, asal beraliran putih.

Tenaga dalam dapat dibangkitkan dengan olah pernafasan, baik olah pernafasan yang ditekan pada perut, rongga dada maupun dibawah pusat yang di kombinasikan dengan pemusatan fikiran (Konsentrasi penuh) pada satu titik. Dengan tenaga dalam seperti ini mampu menghimpun suatu kekuatan ghaib yang disaring dari Daya Hayat / Daya Prana / Magnetis yang berada di dalam alam bebas mahupun pada diri sendiri. Namun bila daya prana tersebut telah dipergunakan dan tidak dilatih secara rutin, maka daya prana akan menghilang dengan sendiri.

MANFAAT TENDAI:
  1. Menambahkan kecerdasan fizikal, mental, emosi dan rohani.
  2. Meningkatkan kewibawaan diri, disegani, dikasihi, dihormati ke mana pergi.
  3. Meningkatkan kecerdasan minda, lulus peperiksaan, mudah hafal, kuat ingatan.
  4. Mendinding diri dan orang lain dari semua bentuk gangguan samada manusia mahupun makhluk halus dan ilmu hitam. 
  5. Membuat benteng rumah sendiri dan orang lain.
  6. Merawat pelbagai jenis penyakit dengan hanya sentuhan tangan dan air kosong sahaja, tanpa jampi serapah. Termasuk kena ilmu hitam, sihir, kerasukan, gangguan makhluk halus, memusnahkan ilmu hitam dan sihir dari jauh  dan pelbagai lagi.
  7. Meraih pelbagai ilham untuk pelbagai urusan dalam kehidupan seperti dalam bidang kerezekian, perniagaan dan pekerjaan.
  8. Membangkitkan semangat dan jati diri ke tahap yang tinggi sehingga beribawa dn disegani.
  9. Mempengaruhi orang lain, kata-kata didengar orang, buah fikiran diterima orang.
  10. Dapat mengisi energi kepada sesiapa sahaja untuk tujuan rawatan.
  11. Mengaktifkan indera ke-6, gerak hati lebih peka.
  12. Menambahkan kekuatan fizikal, tahan dari serangan penyakit.
  13. Boleh melakukan gerak ilham, bukan kerasukan atau memanggil jin, hanya dengan gerakan energi dalam badan yang dipimpin oleh kekuasan Ilahi, dalam keadaan anda sedar, Meniru pelbagai bentuk senibeladiri. Ia bangkit dari minda bawah sedar.
  14. Energi akan bertindak secara automatik ketika terdesak, walaupun anda dalam keadaan tertidur. InsyaAllah. Malah musuh yang menyerang anda akan terpelanting sebelum serangannya mengenai anda dengan hanya olahan nafas.
  15. Dan banyak lagi manfaat dan kegunaannya untuk anda seharian yang tidak dapat dinyatakan di sini….

Sekali lagi dinyatakan bahawa kegunaannya tidak terhad untuk perkara di atas sahaja.. terpulang kepada hajat anda. Di atas hanyalah sekadar contoh yang dapat dikongsi bersama. Mudah-mudahan ia dapat mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dari sebelumnnya.. InsyaAllah. Amin.

Perkara-perkara di atas bukanlah hanya omongan kosong tetapi ia adalah berdasarkan pengalaman ahli-ahli TENDAI yang dulunya tercari-cari Ilmu Yang Ampuh seperti anda juga!

No comments:

Post a Comment