Monday, August 22, 2011

TIPS TARAWIH YANG GEMILANG

> Berbuka puasa yang tidak terlalu kenyang agar badan ringan, mudah solat berjemaah.
> Solat Tarawih yang afdhal adalah di sepertiga malam. Sebagaimana Rasullullah SAW dengan para sahabatnya solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian,.
> Jauhkan dari bersolat dengan tergesa-gesa. Solatlah dengan tuma'ninah. Rasakan nikmatnya bacaan yang dihayati dari ayat ke ayat.
> Usaha agar dapat tidur dan rehat seketika ketika qailullah agar dapat kekuatan untuk menghidupkan malam serta tidak merasa letih dan mengantuk.
> Ambillah saf yang di hadapan agar tidak diganggu oleh keaktifan kanak-kanak kecil.
> Bawalah budget akhirat sesuai dengan kemampuan untuk diinfaqkan ke dalam tabung amal.
> Setelah selesai solat, jangan terus pulang. Berdiam sejenak untuk niat beri'tikaf di masjid sambil membaca Al-Quran atau berwirid.
> Ketika menunggu azan Isya', seeloknya sudah berniat iktikaf.
> Usahakan menjaga kesempurnaan tarawih dengan tidak berdebat mengenai jumlah rakaat tarawih. Jika kita ambil yang lapan rakaat sementara jemaah di sekitar kita melaksanakannya dua puluh rakaat, sebaiknya ikut sahaja berjemaah.
> Apabila sampai rakaat kelapan, beristirahatlah, Saat itu niat sahaja i'tikaf. Ketika witir kita sambung lagi berjamaah. Demikian sebaliknya jika kita biasa laksanakan dua puluh rakaat, sementara imam melaksanakan lapan, maka ketika imam solat witir kita tidak ikut. Selebihnya kita sempurnakan di rumah.
> Perhatikan setelah solat tarawih, jika ada jemaah yang tadarus Qur'an. Jika ada, sebaiknya kita bawakan makanan atau minuman ikut kemampuan untuk para jemaah yang tadarus Qur'an dan beri'tikaf.
> Para wanita seeloknya jangan berlebih-lebihan menghias diri dan memakai perhiasan emas, kerana ia dapat mengundang fitnah.
> Bagaimana dengan telefon bimbit, "teman setia kita ini"? Tinggalkan saja di rumah, atau matikan sahaja. Berlatihlah untuk lepaskan diri dari dunia ketika berkomunikasi dengan Allah Ta'ala.






Monday, August 8, 2011

TERAPI PATAH HATI

Patah hati bermaksud kecewa. Namun, patah hati lebih sedikit dari kecewa. Patah hati adalah kecewa bercampur putus asa. Seorang yang patah hati sebenarnya telah melalui beberapa siri-siri kekecewaan  sehingga membawa putus asa seterusnya takut untuk bangun semula, takut untuk berusaha dan mengimpikan sesuatu. Patah hati boleh membawa kepada kebinasaan seperti membunuh diri, mundur, tidak terurus dan terus berada di dalam kegagalan. Kebiasaan kes-kes patah hati ini berpunca dari 3 aspek yang besar iaitu :

1. Cinta
2. Kehidupan
3. Cita-cita



    Cinta menduduki ranking pertama yang menyebabkan seseorang mengalami kekecewaan dan akhirnya patah hati. Faktor seperti gagal dalam kehidupan dan gagal mencapai cita-cita juga menyumbang kepada patah hati namun agak kecil berbanding patah hati kerana cinta. Patah hati perlu dirawat segera sebelum ia boleh menyebabkan sesuatu yang negatif dan sebagai seorang Islam sepatutnya tidak berlaku patah hati kerana dia sebenarnya berada di bawah pemeliharaan Allah SWT dan ketentuanNya. Mereka boleh kecewa kerana ini adalah naluri normal manusia tetapi tidaklah membawa kepada patah hati. Kecewa dan gembira adalah anugerah Allah SWT, oleh itu kembalikanlah kepada Allah SWT bila anda gembira dengan rase syukur yang tinggi begitu juga apabila anda kecewa kembalikanlah dengan taubat dan munajat kepadaNya.

Sains di Sebalik Hukum Tarikan (Law of Attraction)

Terdapat asas fisiologi pada pemikiran positif dan
kesannya dalam mencipta Hukum Tarikan.

Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk iaitu atom, haba, elektrik, kinetik dan potensi.
Tenaga tidak boleh dimusnahkan.

Anda mungkin dapat mengingati kembali semua jirim terdiri daripada atom-atom, dan setiap atom memiliki nukleus ( yang terdiri daripada proton dan neutron) yang dilkelilingi oleh elektron yang mengorbit mengelilinginya.

Elektron yang terdapat di dalam atom itu sentiasa mengelilingi nukleus pada tingkat tenaga tertentu yang disebut sebagai "orbital" bagi menjaga kestabilan atom itu. Dengan menambahkan tingkat tenaga, elektron dapat dipaksa supaya mencapai orbit yang "lebih tinggi" atau pun sebaliknya. Jika tingkat tenaga dikurangkan, maka elektron akan berada pada orbit yang "lebih rendah".

Getaran atom-atom yang aktif bergetar.



Apabila bercakap mengenai "getaran", jika semua atom berada dalam keadaan sejajar, maka ia bakal membentuk kuasa pergerakan, kesemuanya akan saling tarik-menarik antara satu sama lain ke arah yang sama bagaikan logam yang boleh dimagnetkan dengan cara menjajarkan molekul-molekul logam itu dalam arah yang sama.

Terciptanya kutub positif (+) dan negatif (-) adalah fakta semula jadi dan sains. Memadailah jika dikatakan di sini yang sains membuktikan jika hukum fizik dapat diperhatikan dan diukur dalam satu bidang, maka wujud dalam bidang lain, walaupun ia belum dapat diukur ketika ini.

Anda dapat lihat sendiri, Hukum Tarikan bukanlah sekadar istilah canggih ataupun sihir zaman moden. Ia adalah satu bentuk hukum semula jadi di mana setiap atom anda sentiasa memberi tindak balas secara tetap, sama ada anda mengetahuinya atau tidak.

Jadi untuk melatih dan mengaktifkan minda bawah sedar anda dan mengaplikasikan Hukum Tarikan dalam kehidupan anda,serta membangkitkan potensi yang terpendam selama ini,juga mencapai pelbagai hajat dalam masa yang lebih singkat, layari www.pusrafmalaysia.com dan hubungi saya selepas itu.

Inilah yang dikatakan membangkitkan aura diri yang positif bertindak bagai magnet yang menarik pelbagai impian dan hajat dalam kehidupan serta dapat mengenali diri dengan lebih dekat dan mengenal Pencipta yang Maha Esa.




Membangkitkan aura positif,potensi diri yang dipendam.