Monday, August 8, 2011

TERAPI PATAH HATI

Patah hati bermaksud kecewa. Namun, patah hati lebih sedikit dari kecewa. Patah hati adalah kecewa bercampur putus asa. Seorang yang patah hati sebenarnya telah melalui beberapa siri-siri kekecewaan  sehingga membawa putus asa seterusnya takut untuk bangun semula, takut untuk berusaha dan mengimpikan sesuatu. Patah hati boleh membawa kepada kebinasaan seperti membunuh diri, mundur, tidak terurus dan terus berada di dalam kegagalan. Kebiasaan kes-kes patah hati ini berpunca dari 3 aspek yang besar iaitu :

1. Cinta
2. Kehidupan
3. Cita-cita



    Cinta menduduki ranking pertama yang menyebabkan seseorang mengalami kekecewaan dan akhirnya patah hati. Faktor seperti gagal dalam kehidupan dan gagal mencapai cita-cita juga menyumbang kepada patah hati namun agak kecil berbanding patah hati kerana cinta. Patah hati perlu dirawat segera sebelum ia boleh menyebabkan sesuatu yang negatif dan sebagai seorang Islam sepatutnya tidak berlaku patah hati kerana dia sebenarnya berada di bawah pemeliharaan Allah SWT dan ketentuanNya. Mereka boleh kecewa kerana ini adalah naluri normal manusia tetapi tidaklah membawa kepada patah hati. Kecewa dan gembira adalah anugerah Allah SWT, oleh itu kembalikanlah kepada Allah SWT bila anda gembira dengan rase syukur yang tinggi begitu juga apabila anda kecewa kembalikanlah dengan taubat dan munajat kepadaNya.

No comments:

Post a Comment